Beza TERJEMAHAN dan TAFSIR
{ Posted on 5:15 AM
by fariha shahida
}
Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barokatuh~
Alhamdulillah, Al-Quran TERJEMAHAN dan TAFSIR perkata mendapat sambutan yang luar biasa. Disebabkan inilah julung-julung kalinya Al-Quran seperti ini terdapat dipasaran. Tambahan, agak sukar sebenarnya untuk mendapatkan Al-Quran keluaran ini di kedai-kedai buku. Jika ada, harganya pula adalah lebih mahal dari biasa. Kerana saya sudah "jatuh cinta" dengan Al-Quran ini, jadi saya mengambil inisiatif untuk menjualnya dengan harga yang berpatutan agar sahabat-sahabat juga dapat merasai nikmat "cinta" seperti yang saya rasai sekarang. Cinta yang tiada cemburu, cinta yang tiada jemu!
Akan tetapi, ramai yang bertanyakan kepada saya apakah perbezaan antara TERJEMAHAN dan TAFSIR perkata. Ramai yang masih kurang jelas. Sebenarnya, TERJEMAHAN perkata dan TAFSIR perkata merupakan Al-Quran yang tidak sama dan juga mempunyai pakej yang berbeza.

TERJEMAHAN PERKATA vs TAFSIR PERKATA
Untuk TERJEMAHAN perkata, setiap perkataan bahasa arab di dalam quran tersebut hanyalah diberi maksudnya di dalam bahasa Melayu. Disamping, disebelahnya juga terdapat ayat penuh untuk sesuatu ayat. Contoh TERJEMAHAN ialah, ana (bahasa arab)= saya (bahasa Melayu).
Untuk TAFSIR perkata, setiap perkataan di dalam ayat Quran tersebut di tafsirkan. Contohnya, tangan Allah=Pertolongan Allah (selepas ditafsirkan). Untuk TAFSIR perkata di lengkapi dengan Ashabun Nuzul. Ashabun Nuzul ini bermaksud, diceritakan kenapa setiap ayat itu diturunkan. Dan pakej ini hanya terdapat di dalam Quran TAFSIR perkata.
Di harap sedikit penjelasan ini dapat membantu sahabat-sahabat untuk memahami perbezaan antara TAFSIR dan TERJEMAHAN ini. Terima kasih di ucapkan kepada semua sahabat-sahabat yang membeli. Syukran Jiddan..
Wallahualam..wassalam =)